Sertai FighterHub. Mula Jual Triple Biotix 2 Nov, 3 Produk Sudah Sedia.
FighterHub ialah hub untuk fighter yang mahu jalankan bisnes. Produk, sistem dan sokongan disediakan. HQ urus stok dan pos.
Tugas anda hanya dua
β³ Jualan dibuka 2 Nov 2026
Apa itu FighterHub
Satu Hub. Fighter, Produk & AI Bertemu.
Ramai orang nak berniaga tapi tersekat di tengah jalan: tak ada produk yang dipercayai, tak tahu nak jual macam mana, atau takut bakar duit. FighterHub wujud untuk selesaikan itu supaya anda terus fokus pada jualan.
Hubungkan anda dengan produk
Anda dapat produk yang sudah siap, stok dan pos diurus HQ. 3 produk sudah sedia.
Bina jualan dengan AI
Sistem AI marketing, contoh salespage dan content membantu anda membina jualan sendiri.
Margin terus kepada anda
Setiap order ada margin bersih untuk fighter. Tiada kos stok, operation dan postage.
Apa anda dapat
Apa Yang Fighter Dapat
Produk untuk dijual
- Triple Biotix sebagai produk pertama, dibuat oleh Dr Redza dan dibantu Dr Wan
- Akses produk lain dalam hub: MADADLAB Coffee, Minyak Habbatus Sauda dan seterusnya
- 1 kotak Triple Biotix untuk anda cuba dahulu
Urusan bisnes diurus HQ
- Stok dan pos oleh HQ
- Order terus masuk sistem HQ
- Komisyen terkumpul dalam akaun fighter dan boleh withdraw
Awareness & content
- Duta Zizan Razak, KOL, influencer dan artis
- Content berterusan daripada HQ melalui channel Telegram
- Anda mix & match dengan AI untuk iklan sendiri
Sistem & sokongan
- Sistem AI untuk strategi, content, copy, design dan Meta Ads
- Contoh salespage siap dibina AI
- Support group dan bimbingan sepanjang projek
Fighter bebas memilih aliran jualan: FB Ads ke salespage (fokus utama), FB Ads ke WhatsApp, atau content organik.
Hub ini akan terus membesar
Join Sekali, Jual Semua Produk Hub
Anda menyertai FighterHub sebagai fighter, bukan sebagai penjual satu produk. Tiga produk sudah sedia, dan lebih banyak akan ditambah dari semasa ke semasa.
Triple Biotix
Jeli probiotik 3-dalam-1 oleh Dr Redza dan Dr Wan.
Lihat salespage βMADADLAB Coffee
Kopi 5 ekstrak herba, sifar gula putih. Keluaran MADAD.
Lihat salespage βMinyak Habbatus Sauda
100% biji habbatus sauda, cold press. Keluaran Ustaz Abdullah Khairi.
Lihat salespage ββ Menyusul: lebih banyak brand owner akan bawa produk masuk hub.
Tiada bayaran lagi untuk menjual produk baharu
Yuran RM299 ialah yuran fighter dan dibayar sekali. Bila produk baharu masuk hub, anda tak perlu bayar yuran lagi untuk menjualnya.
Margin, syarat dan tarikh jualan setiap produk dimaklumkan berasingan. Margin yang dipaparkan pada page ini untuk Triple Biotix sahaja.
Produk pertama dalam hub
Kenal Triple Biotix Dalam 1 Minit
Ringkasan apa yang fighter patut tahu sebelum menjual. Cerita penuh produk ada pada salespage contoh.
- Apa ia: jeli probiotik perisa mixberry. Koyak sachet dan terus makan, tak perlu bancuh.
- Kandungan utama: 30 bilion CFU, 7 strain probiotik, ditambah prebiotik dan postbiotik. Tanpa gula ditambah.
- Satu kotak: 10 sachet, untuk 10 hari.
- Dibuat oleh: Dr Redza, dibantu Dr Wan. Duta produk: Zizan Razak.
- Manfaat: membantu kurangkan kembung dan angin, melancarkan buang air besar, menyokong sistem imun dan tenaga harian, serta kulit nampak lebih segar.
- Cara ambil: sebelum tidur, atau sebelum sarapan.
- Kenapa sesuai dijual: rasa sedap, mudah diamal setiap hari, dan sesuai untuk repeat order.
β οΈ Hati-hati dalam ads
- Elak dakwaan "sembuh" atau "rawat". Meta mudah tolak ads kesihatan.
- Triple Biotix ialah suplemen makanan, bukan ubat.
- Guna bahasa "membantu" dan "menyokong".
triplebiotix.net. Gunakan sebagai rujukan struktur dan flow. Jangan copy 100%, ubah ikut market dan angle anda.
Margin Triple Biotix
Margin Besar, BEP Rendah
| Pakej | Harga jual | Margin bersih | BEP ROAS | Kos ads / order mesti bawah |
|---|---|---|---|---|
| 1 kotak | RM89 | RM55 | 1.62Γ | RM55 |
| 2 kotak | RM159 | RM91 | 1.75Γ | RM91 |
| 3 kotak | RM229 | RM124 | 1.85Γ | RM124 |
Margin ialah duit bersih yang masuk kepada fighter. Belanja RM100 ads untuk pakej 1 kotak, perlu jualan sekurang-kurangnya RM162 untuk pulang modal.
Jualan pertama = kos
Contoh: kos ads RM40 untuk satu order, margin RM55, tinggal RM15. Anggap ia kos mendapatkan pelanggan.
Untung datang dari repeat
Satu kotak 10 hari. Pada hari ke-7 anda boleh tawarkan repeat, selalunya 2 atau 3 kotak.
Mula kecil, tolak bila sedia
Mula dengan pakej 1 atau 2 kotak. Bila awareness naik, tolak ke 3 kotak.
Angka ini ialah pengiraan setiap order untuk Triple Biotix dan bukan jaminan pendapatan. Produk lain mungkin mempunyai margin berbeza.
Tugas Anda, Tugas HQ
- Pilih target market dan angle
- Bina atau laras salespage dan content
- Run ads atau content, belanja ads ditanggung anda
- Pantau nombor dan follow-up pelanggan WhatsApp jika perlu
- Sediakan produk dan sistem order
- Urus stok, bungkus dan pos
- Awareness: duta, KOL, influencer dan content
- Rekod order dan komisyen fighter
HQ ialah pemilik produk. FighterHub ialah hub yang menghubungkan anda dengan produk, sistem dan sokongan.
Cara Order Sampai Kepada Anda
Order dari salespage
- Pelanggan order dan bayar di salespage (online atau COD)
- Order terus masuk sistem HQ, HQ urus stok dan pos
- Komisyen masuk akaun fighter dan boleh withdraw
Contoh 1 kotak: pelanggan bayar RM89, RM55 masuk akaun fighter. Untuk COD, komisyen dikira selepas pelanggan menerima dan membayar.
Order dari WhatsApp
- Pelanggan bayar terus kepada anda
- Anda key in order dalam sistem HQ
- Bayar HQ jumlah yang perlu sahaja
Contoh 1 kotak: terima RM89, sistem keluarkan RM34, anda bayar RM34 dan simpan RM55.
Salespage anda sendiri
Anda dapat contoh salespage siap untuk setiap produk. Ubah ikut market, angle dan offer anda. Jangan copy 100% supaya fighter tak bersaing sesama sendiri dan kos iklan kekal berpatutan.
- π Triple Biotix
- π MADADLAB Coffee
- π Minyak Habbatus Sauda
Platform: WordPress/WooCommerce, BCL atau Onpay. Domain dan hosting sendiri lebih baik, atau guna subdomain sementara.
AI bantu 4 kerja
- Strategi: target market, angle, pain point
- Content: copy, poster, video, salespage
- Run ads: struktur campaign dan setting
- Optimize: baca data, cadangkan, anda approve
Hub Ni Bukan Untuk Semua
β Sesuai jika andaβ¦
- Ada bajet ads, atau mahir buat content
- Ada asas dan sanggup belajar sendiri
- Komited, boleh terima data dan sanggup uji
β Tak sesuai jika andaβ¦
- Nak kaya cepat atau menjangka untung dijamin
- Fikir yuran sudah termasuk kos iklan
- Tiada bajet ads dan tak nak buat content
- Nak disuap sepenuhnya
Saya bantu dan guide, bukan ajar dari kosong. Contohnya cara setup Business Manager atau bina salespage dari sifar bukan fokus projek ini.
Timeline
Tinggal 2 Minggu Untuk Bersedia
Sekarang hingga 1 Nov, HQ jalankan awareness. Anda siapkan asas supaya bila jualan dibuka 2 Nov, pasaran dah kenal produk dan anda terus jual.
Kenal produk & pasaran
Cuba produk sendiri, pilih target market dan angle dengan bantuan AI.
Bina aset jualan
Bina salespage dan content mengikut market anda.
Test angle
Boleh test dengan kira-kira RM15βRM20 sehari. Hanya untuk test sebelum jualan dibuka.
Kenapa join dengan saya
Apa Anda Dapat Bila Join Melalui Saya
Sistem AI siap pakai
AI Marketing System: strategi, content, copy, design dan Meta Ads.
Mula tanpa kos teknikal
Salespage contoh siap, plus subdomain dan hosting sementara.
Tak jalan seorang
Bimbingan berkala dan support group sepanjang projek.
15 tahun dalam online marketing
Online marketing sejak 2011, coaching & training sejak 2015. Kini guna dan bantu bisnes dengan AI-powered marketing.
Pilihan di depan anda
Dua Jalan Untuk Mula
Buat sendiri
- Cari produk dan supplier sendiri
- Bina jenama dari kosong
- Bina salespage sendiri
- Belajar ads & AI sendiri
- Urus stok, pos dan pulangan
Lambat, mahal, dan seorang diri.
Bersama FighterHub
- 3 produk sudah sedia, lebih banyak menyusul
- HQ buat branding & awareness produk
- Contoh salespage siap untuk setiap produk
- Sistem AI, bimbingan dan support group
- HQ urus stok, pos dan order
Hanya fokus: jual dan terima profit.
Yuran fighter
RM399RM299 sekali bayar
Harga asal RM399, kini RM299. Tiada yuran tambahan untuk menjual produk baharu dalam FighterHub.
Apa termasuk
- Penyertaan sebagai fighter FighterHub
- Akses semua produk dalam FighterHub, bermula Triple Biotix
- 1 kotak Triple Biotix untuk dicuba
- Sistem AI marketing dan contoh salespage
- Subdomain dan hosting sementara untuk salespage
- Bimbingan berkala dan support group
Kenapa ada yuran?
Yuran ditetapkan HQ melalui undian para master. Tujuannya supaya yang masuk ialah mereka yang betul-betul komited, bukan sekadar melihat-lihat.
Yuran ini untuk akses hub dan sokongan. Ia bukan jaminan pendapatan.
3 Langkah Untuk Join
Bayar RM299
Imbas QR bank. Pastikan nama penerima yang keluar ialah Wabiz Solutions, dan masukkan jumlah RM299.
Selepas Bayaran Disahkan, Apa Berlaku?
Akaun diapprove
Selepas resit disemak, akaun fighter anda diaktifkan.
Masuk support group
Dapat maklumat produk, content HQ dan panduan.
Terima bahan & akses
Sistem AI marketing, contoh salespage dan akses sistem HQ.
Sesi onboarding
Panduan langkah demi langkah menjelang 2 Nov. Tarikh dimaklumkan dalam group.
Ini gambaran proses, bukan janji setiap akaun akan mendapat order dalam tempoh tertentu.
Soalan Lazim
Yuran RM299 termasuk bajet iklan?
Tidak. Yuran untuk akses hub dan sokongan. Bajet Facebook/Instagram Ads ditanggung fighter sendiri.
Adakah saya hanya jual Triple Biotix?
Tidak. Triple Biotix ialah produk pertama, jualan dibuka 2 Nov. MADADLAB Coffee dan Minyak Habbatus Sauda juga sudah sedia dalam hub, lengkap dengan salespage contoh. Lebih banyak produk akan menyusul, dan tiada yuran fighter tambahan untuk menjualnya. Margin, syarat dan tarikh jualan setiap produk dimaklumkan berasingan.
Berapa bajet ads untuk mula?
Terpulang kepada anda. RM50 sehari boleh dijadikan permulaan, dan RM30 dianggap rendah. Sebelum 2 Nov, kira-kira RM15βRM20 sehari cukup untuk test angle.
Boleh buat tanpa ads, content sahaja?
Boleh, tetapi tak disyorkan untuk yang baru mula. Content tidak jadi serta-merta melainkan anda sudah biasa dan ada engagement yang tinggi.
Bila boleh withdraw komisyen?
Boleh withdraw setiap hari. Untuk order COD, komisyen masuk selepas pelanggan menerima dan membayar.
Kalau pelanggan return COD, ada kos?
Ya. HQ akan kenakan caj return COD dalam e-wallet fighter. Sebab itu penting untuk sahkan order dan alamat pelanggan sebelum pos.
Boleh jual di TikTok?
Fighter boleh menjual di TikTok sebagai affiliate. Harga di TikTok lebih tinggi RM10 dan komisyen lebih rendah daripada margin salespage kerana fee TikTok. Jadual komisyen belum dikeluarkan.
Bayaran FPX di salespage masuk akaun siapa?
Menurut HQ, untuk order automatik, bayaran perlu melalui gateway HQ supaya pembayaran dapat disahkan. Butiran dikongsi selepas anda join.
Boleh saya semak salespage anda?
Boleh. Sediakan target market dan angle anda dahulu kerana salespage mesti selari dengan kreatif iklan.
Ada jaminan untung?
Tidak. Margin ialah margin setiap order. Hasil bergantung pada iklan, angle, pasaran dan usaha anda.